Pendaftaran PADU meningkat satu juta dalam tempoh lima hari
Iklan
Perkongsian data PADU dimuat naik di Facebook pada Rabu.
SHAH ALAM - Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) kini merekodkan seramai 6.03 juta orang, iaitu peningkatan satu juta berbanding sejumlah 5.02 juta orang yang direkodkan sejak 15 Mac lalu.
Berdasarkan kemaskini yang diumumkan, rekod terkini itu adalah setakat Selasa.
Iklan
Iklan
"Tahniah diucapkan kepada rakyat Malaysia yang telah berjaya membuat pengemaskinian maklumat dalam sistem PADU.
"Sehingga 19 Mac 2024 jam 11.59 malam, jumlah rekod pengemaskinian maklumat individu adalah seramai 6.03 juta orang daripada 30.08 juta rekod individu dalam sistem PADU berdasarkan sumber data pentadbiran," menurut hantaran dimuat naik di Facebook rasmi PADU pada Rabu.
Iklan
Dalam pada itu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, berdasarkan rekod, pendaftaran melibatkan kawasan-kawasan penduduk bukan Melayu adalah rendah sekali gus menyebabkan risiko tertinggi untuk berlakunya keciciran daripada program-program kerajaan.
Sedangkan menurutnya, PADU diwujudkan untuk terus mengenal pasti rakyat yang memerlukan bantuan dan menghasilkan program yang bersesuaian dengan kumpulan penerima.
Iklan
"Kawasan (Parlimen) Seputeh (202), Segambut (164), dan Bukit Bintang (104) ini yang banyak penduduknya bukan Melayu.
"Mahupun penduduk kawasan saya sendiri, ramai dalam kalangan masyarakat bukan Melayu tidak mengetahui tentang bantuan atau program yang disediakan untuk mereka.
"Pendekatan sebelum ini adalah sesiapa yang memerlukan bantuan boleh memohon kepada agensi kerajaan yang relevan," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Sehubungan itu katanya, menjadi tanggungjawab bersama semua rakyat Malaysia untuk menutup jurang pendaftaran ini dan membantu seramai yang boleh yang memerlukan bantuan.
Pada Rabu, Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan akan menggunakan kaedah pengintegrasian untuk membentuk data yang komprehensif mengikut individu dan isi rumah.
Sehingga 12 Mac, PADU telah mengintegrasikan 314 set data pelbagai agensi yang menjadi asas untuk membentuk profil individu yang komprehensif.
Ini termasuk maklumat 8.6 juta pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk golongan B40 warganegara Malaysia.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ancaman keselamatan global: Mekanisme pengurusan krisis perlu terus diperkukuh - Anwar"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan memperkukuh tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik dan ancaman keselamatan global, termasuk memastikan bekalan makanan, air dan tenaga negara mencukupi serta tidak terganggu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan konflik antarabangsa menunjukkan ancaman keselamatan kini bukan sahaja melibatkan peperangan konvensional, malah merangkumi serangan siber, penyebaran maklumat palsu, sabotaj infrastruktur kritikal serta gangguan rantaian bekalan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803042/berita/nasional/ancaman-keselamatan-global-mekanisme-pengurusan-krisis-perlu-terus-diperkukuh---anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #ancamankeselamatanglobal #sidangdewanrakyat #pm"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T04:09:28.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P282S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt16xy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt16xy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt16xy"></script>