Empat lelaki belasah pelajar dicekup

Iklan
Rakaman video tular memaparkan sekumpulan lelaki memukul dua pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah, di sini, pada Khamis lalu.

KAJANG - Seramai empat lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pergaduhan melibatkan pelajar di hadapan sebuah sekolah di sini, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan itu pada jam 3.04 petang.

Iklan
Iklan

"Dalam kejadian tersebut dua pelajar sekolah telah diserang oleh sekumpulan 10 lelaki dengan menggunakan paip Polyvinyl Chloride (PVC) dan batang besi sehingga mencederakan mangsa sebelum kesemua suspek melarikan diri menaiki dua buah kenderaan.

Mohd Zaid berkata, kejadian itu turut tular di laman sosial Facebook yang memaparkan aksi pergaduhan selepas tamat sesi persekolahan pagi.

Iklan

"Video berdurasi 16 saat itu menerima pelbagai reaksi dan komen dari pengguna laman sosial," katanya.

Beliau berkata, susulan daripada laporan yang diterima, polis menahan empat lelaki berusia 18 hingga 21 tahun di Ampang pada Isnin.

Iklan

"Kita masih memburu beberapa lagi individu, punca kejadian masih dalam siasatan. Kesemua suspekn ditahan reman sehingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut, boleh tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Mu'az Mazlan di talian 0179788804," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28