Anggota Maritim maut: Kesemua tahanan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Iklan
Romli (kanan) melihat PATI yang ditahan susulan insiden perlanggaran bot ketika operasi penguatkuasaan di perairan Kuala Sungai Padang, Perlis. Foto Bernama

KANGAR - Kesemua 11 tahanan disyaki pendatang tanpa izin warga Myanmar dan Thailand disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) maut ketika operasi penguatkuasaan, Isnin lepas.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, kes itu bukan lagi isu pelanggaran undang-undang imigresen semata-mata sebaliknya melibatkan siasatan jenayah lebih berat.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan lanjut, kesemua individu yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM). Lebih serius, kertas siasatan turut dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ke atas semua tangkapan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Romli bercakap pada sidang media di Pejabat Zon Maritim Kuala Perlis pada Rabu. Foto Bernama

Iklan

Pada Selasa, media melaporkan, Laskar Kanan Teknikal Maritim Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, 41, meninggal dunia manakala tiga lagi anggota cedera dalam kejadian pelanggaran bot ketika operasi penguatkuasaan di perairan Kuala Sungai Padang, Kuala Perlis.

Romli dipetik sebagai berkata, insiden itu berlaku semasa operasi dijalankan lima anggota Maritim Malaysia bagi menahan sebuah bot disyaki membawa pendatang tanpa izin itu di Kuala Sungai Padang pada 11.37 malam, Isnin lepas.

Iklan

Dalam kejadian itu, sembilan warga Myanmar terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita serta dua tekong lelaki warga Thailand yang dipercayai pendatang tanpa izin berjaya ditahan. - Bernama