Tiada kompromi majikan langgar hak pekerja termasuk parti politik
Iklan
Steven Sim
KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana majikan, termasuk parti politik jika berlaku perlanggaran hak pekerja.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, pendirian kerajaan tetap dan tegas bahawa pekerja berhak ke atas gaji mereka dan ia bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan.
Iklan
Iklan
"Negara kita ada raja dan undang-undang, tak kira siapapun baik swasta, syarikat kerajaan di negeri Kedah, Pulau Pinang atau parti politik, semua kena ikut undang-undang. Kalau tak salah, jangan khuatir, kita akan bantu,” katanya di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) semasa sesi Pertanyaan Menteri-menteri tentang satu memo daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia yang tular, berkait satu arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam atau SMITI.
Iklan
Tambah Steven, mana-mana pekerja yang terlibat dengan tunggakan gaji oleh majikan, boleh hadir ke Pejabat Tenaga Kerja (PTK) di cawangan berdekatan bagi mendapatkan khidmat nasihat.
Selain itu katanya, pekerja juga dinasihatkan untuk memfailkan kes buruh di PTK cawangan berkaitan bagi menuntut bayaran gaji yang tidak diterima.
Iklan
"Kes buruh yang difailkan di PTK cawangan akan dikendalikan melalui mahkamah buruh bagi menyelesaikan tuntutan kewangan oleh pekerja terhadap majikan, sebagaimana dalam peruntukan di bawah Seksyen 69 Akta Kerja 1955.
"Pendirian kita adalah tegas dan tetap, iaitu pekerja berhak terhadap gaji. Justeru, Kesuma akan menguatkuasakan akta ini dengan sepenuhnya,” jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>