Trauma tragedi Sungai Kim Kim
Iklan
Sejarah pahit pencemaran Sungai Kim Kim pasti dikenang oleh kebanyakan mangsa terutamanya mereka yang masih mengalami kesan sampingan akibat peristiwa tersebut.
PASIR GUDANG - Tarikh 7 Mac 2019 pastinya akan terus diingati penduduk di sekitar Pasir Gudang berikutan insiden pencemaran di Sungai Kim Kim akibat pembuangan sisa toksik.
Disebabkan tragedi hitam itu, sebahagian besar penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Kim Kim termasuk puluhan pelajar mengalami masalah kesihatan yang serius seperti sesak nafas, loya, pening, pitam dan muntah-muntah.