Seluruh England: Cabaran Pearly-Thinaah tersekat di suku akhir

Iklan
Pearly-Thinaah kandas di suku akhir Seluruh England. Foto: Agensi

HASRAT beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah untuk meneruskan kemaraan lebih jauh di Seluruh England tidak kesampaian apabila tersekat di suku akhir.

Pada perlawanan yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham sebentar tadi, bekas juara Terbuka Perancis itu tewas dalam pertarungan tiga set kepada pasangan Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto.

Iklan
Iklan

Pearly-Thinaah bagaimanapun bermula garang apabila memenangi set pertama 21-11.

Bagaimanapun, Miyaura-Sakuramoto mengekalkan fokus di set kedua untuk mencipta kemenangan 21-18.

Iklan

Di set ketiga, Pearly-Thinaah cuba memberi saingan namun Niyaura-Sakuramoto lebih ampuh apabila merekodkan kemenangan 21-18 bagi mengakhiri perlawanan yang berlanjutan dalam tempoh 1 jam 13 minit.

Pada lewat Khamis, Pearly-Thinaah melakar kejutan terbesar kejohanan apabila menumbangkan pasangan No.1 dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan di pusingan kedua.

Iklan

Ia merupakan kemenangan pertama beregu No.15 dunia itu ke atas Qing Chen-Yi Fan selepas tewas dalam kesemua lima pertemuan sebelum ini.