RIYADH - Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi melancarkan cop khas sempena meraikan musim Ramadan tahun ini pada pasport antarabangsa semua pengunjung ke negara itu termasuk jemaah umrah dan pelancong.
Cop khas berkenaan yang dilancarkan oleh Ketua Pengarah Pasport, bertujuan"menghidupkan semula warisan budaya, adat dan tradisi sejarah yang kaya pada bulan Ramadan," kata agensi berita negara SPA.