Mohammad Mustafa dilantik Perdana Menteri Palestin baharu

Iklan
Mahmoud Abbas (kiri) melantik Mohammad Mustafa sebagai Perdana Menteri pada Khamis dan menugaskan beliau untuk membentuk kerajaan baharu.Foto AFP

RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas melantik Mohammad Mustafa sebagai Perdana Menteri pada Khamis dan menugaskan beliau untuk membentuk kerajaan baharu.

Pengumuman itu dibuat berdasarkan dekri presiden, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Mustafa akan menggantikan Mohammad Shtayyeh, yang meletak jawatan pada Februari lepas sebagai respons kepada perkembangan berkaitan konflik Israel di Gaza.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), Mustafa kini berkhidmat sebagai Pengerusi Dana Pelaburan Palestin (PIF), penasihat ekonomi kanan kepada Abbas dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin. - Bernama

Iklan
Iklan