DBKL ambil 115 sampel makanan di bazar Ramadan

Iklan
Sebanyak 115 sampel makanan diambil di bazar Ramadan Tasik Permaisuri Bandar Tun Razak.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 115 sampel makanan diambil di bazar Ramadan Tasik Permaisuri Bandar Tun Razak untuk dihantar ke Pusat Analisis dan Sekuriti Makanan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan persampelan diketuai Timbalan Pengarah Kanan, Dr Nor Halizam Ismail bersama 13 petugas itu bertujuan untuk memantau kebersihan dan keselamatan makanan dijual kepada orang ramai.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan, pemeriksaan mikrobiologi seperti kuman salmonella tyhi, E-Choli dan Coliform yang merupakan indeks pengukuran kebersihan makanan yang dijual dan sekiranya berlaku perlanggaran atau pencemaran tindakan denda atau kompaun akan dikenakan kepada peniaga.

Persampelan ini bertujuan untuk memantau kebersihan dan keselamatan makanan dijual kepada orang ramai.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak JKAS juga melakukan pemeriksaan berkait kehendak-kehendak kesihatan pada pengendali makanan.

Iklan
Sampel makanan dihantar ke Pusat Analisis dan Sekuriti Makanan JKAS Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk dianalisis.

"Sebagai contoh, teguran dan nasihat diberikan kepada peniaga yang menggunakan stapler pada bungkusan makanan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna.

"Hasil pemeriksaan didapati kebanyakan peniaga bazar mempunyai suntikan typhoid, menjaga kebersihan tapak bazar, tidak menggunakan polistrene dan tidak terdapat pembantu warga asing," tambah kenyataan itu.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28