Pengambilan calon guru di IPG diperluas termasuk kepada lepasan STPM
Iklan
Kah Woh. Foto Awani
KUALA LUMPUR - Pengambilan calon bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan (KPM) diperluas kepada lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan matrikulasi bagi tahun ini.
Timbalan Menteri Pendidikan (KPM), Wong Kah Woh berkata, kementeriannya berusaha memberi peluang dalam memastikan bilangan warga pendidik terus mencukupi.
Iklan
Iklan
"Dalam pengambilan calon latihan guru kali ini, KPM telah membuat satu pembaharuan. Ini kerana sebelum ini (pengambilan) adalah dari kalangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.
"Mulai tahun ini kita memperluas peluang latihan guru dengan memberi peluang kepada pelajar STPM, STAM dan lepasan matrikulasi,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian kepada media selepas lawatan kerja sempena pembukaan sesi persekolahan 2024/2025 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chai pada Khamis.
Beliau berharap usaha ini dapat melahirkan lebih ramai warga pendidik yang berkaliber.
Iklan
Sementara itu, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat mengenai isu sekolah sesak disebabkan kepadatan penduduk.
"Kita akan keluarkan kenyataan rasmi, kita tunggu kenyataan rasmi tersebut,” katanya. - Awani
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>