Bazar Ramadan mesra alam diperluas ke seluruh PBT

Iklan
Sandrea (kanan) menyampaikan bekas makanan kepada pengunjung Bazar Ramadan Stadium Perak pada Rabu.

IPOH - Bazar Ramadan mesra alam yang dilaksanakan di kawasan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan diperluas ke semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Perak.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng berkata, pelaksanaan bazar Ramadan mesra alam yang dilaksanakan dengan menyuntik elemen ekonomi kitaran di semua 22 lokasi di sekitar bandar raya Ipoh.

Iklan
Iklan

Menurutnya, antara usaha dijalankan termasuklah aktiviti mengutip minyak masak terpakai daripada semua peniaga bazar Ramadan untuk dijadikan biofuel selain mengurangkan penggunaan beg plastik.

Sandrea (kiri) menyerahkan risalah mengenai kempen bawa bekal sendiri kepada pengunjung.

"Memang ada usaha untuk menggalakkan penggunaan plastik sekali guna sebab itu memang sesuatu yang diusahakan dengan mengedarkan bekas makanan, kempen kesedaran dan sebagainya. Hampir kesemua PBT ada dijalankan.

Iklan

Hadir sama pada lawatan tersebut, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin; Setiausaha MBI, Ahmad Munir Ishak dan Ahli Majlis MBI, Datuk Mazlan Abd Rahman.

Sandrea (kiri) menyampaikan apron kepada peniaga di Bazar Ramadan Stadium Perak di sini pada Rabu.

Beliau berkata, pada tahun lalu sebanyak 491.58 kg dengan nilai RM1,474 minyak masak terpakai yang berjaya dikutip di bazar-bazar Ramadan sekitar Ipoh manakala bagi keseluruhan kawasan sepanjang tahun pula sebanyak 230 metrik tan dikumpulkan.

Iklan

Sementara itu, Sandrea memaklumkan seramai 100 anggota pemantau terdiri daripada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pembantu Kesihatan Awam, Pembantu Tadbir (Operasi) dan Penguat kuasa MBI akan menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan syarat-syarat lesen secara berterusan sepanjang bulan Ramadan di semua 22 lokasi bazar Ramadan.

"Pemantauan ini bertujuan untuk memastikan makanan yang sedia dan dipamer untuk jualan adalah bersih, selamat dan berkualiti untuk dimakan.

"Persampelan makanan secara rawak di lokasi bazar tertentu juga akan dijalankan bagi memastikan makanan dan minuman mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Akta Makanan 1983," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28