Parental Control Tools bantu ibu bapa pantau aktiviti dalam talian

Iklan

BERITA SEMASA 13 MAC 2024

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama dengan lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan perisian Parental Control Tools bagi memantau kandungan dalam talian yang dilihat oleh anak-anak.

Iklan
Iklan

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Parental Control Tools itu membolehkan ibu bapa menapis, mengehadkan dan menyekat kandungan yang dilihat serta aktiviti anak-anak dalam talian, dan ibu bapa atau penjaga juga boleh menggunakan perkhidmatan perisian lain bagi tujuan sama.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Krau, Kamal Ashaari mengenai langkah-langkah yang diambil kementerian bagi memastikan anak-anak bawah 15 tahun diharamkan memiliki akaun sosial media, agar mereka tidak mengikuti trend yang tidak baik di platform berkenaan.

Iklan

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Iklan

#SinarHarian #BeritaSemasa #SidangParlimen #DewanRakyat