Ibu tukar pengakuan tidak bersalah beri anak 16 bulan, susu campur dadah
Iklan
BERITA SEMASA 13 MAC 2024
Seorang ibu yang mengaku menganiaya anak lelakinya berusia setahun empat bulan, dengan memberi susu bercampur air mengandungi dadah berbahaya jenis 'methamphetamine' di Mahkamah Sesyen dua minggu lalu, menukar pengakuan kepada tidak bersalah, pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Iklan
Iklan
Tertuduh, suri rumah berusia 34 tahun mengubah pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca semula di hadapan Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Nor yang mana ketika prosiding lalu, mahkamah menetapkan Rabu untuk fakta kes dan jatuh hukum bagi wanita tersebut.
Sementara suaminya, peniaga air balang berusia 40 tahun, mengekalkan pengakuan tidak bersalah atas kes sama.
Iklan
Mereka boleh dihukum bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/654231/berita/semasa/ibu-tukar-pengakuan-tidak-bersalah-beri-anak-16-bulan-susu-campur-dadah
Iklan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pasukan peronda bertugas walaupun suhu 52 darjah Celsius" /><meta itemprop="description" content="Pasukan peronda bertugas walaupun suhu 52 darjah Celsius
BERITA SEMASA 20 MEI 2024 
Pasukan Unit Peronda Tabung Haji (Tabung Haji) merupakan anggota barisan hadapan yang perlu bertugas di bawah cahaya terik matahari dengan suhu mencecah 52 darjah Celsius demi memastikan keselamatan 31,600 jemaah haji Malaysia, lapor wartawan Sinar Harian, Riswandi Razak.
Ketua Unit Peronda, Inspektor Mohamad Amer Jawahil berkata, unit tersebut mempunyai 18 anggota dan berperanan memantau perjalanan pergi balik jemaah haji Malaysia di sekitar Masjidil Haram.
Menurutnya, unit peronda bertugas 24 jam dengan mempunyai tiga syif iaitu bermula waktu pukul 7 pagi, 2 petang dan 10 malam.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665700/berita/nasional/pasukan-peronda-bertugas-walaupun-suhu-52-darjah-celsius
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #Makkah #Haji" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-20T12:20:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/WK5au1cIq2rnr__0f/x180" /><meta itemprop="duration" content="P162S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8yrvaw" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8yrvaw"></script>