Stor simpan baja terbakar

Iklan
Anggota bomba menjalankan kerja- kerja pemadaman kebakaran stor berkenaan.

KUANTAN - Sebuah stor terbuka yang menyimpan baja dan kayu-kayu lama di belakang Batu 3 Jalan Lipis di sini terbakar tengah hari tadi.

Penolong Penguasa Bomba Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM0, Azhar Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.12 tengah hari dan mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub (BBP) dan BBP Bentong ke lokasi kebakaran.

Iklan
Iklan

"Sebanyak empat jentera dengan 14 anggota termasuk pegawai hadir ke lokasi kebakaran. Jentera pertama sampai di lokasi pada jam 1.22 tengah hari mendapati stor berkeluasan 40 kaki X 60 kaki berkenaan terbakar.

"Kebakaran telah menyebabkan 50 peratus stor itu musnah. Operasi pemadaman terkawal pada jam 1.15 petang" katanya.

Iklan
Iklan

Katanya, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.