1,359 kompaun dikeluarkan terhadap kontraktor sepanjang 2023 - CIDB
Iklan
CIDB mendedahkan sebanyak 1,359 kompaun dikenakan terhadap kontraktor berkaitan kesalahan pendaftaran kontraktor dan pelbagai kesalahan lain di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) pada tahun 2023.
SHAH ALAM - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mendedahkan sebanyak 1,359 kompaun dikenakan terhadap kontraktor berkaitan kesalahan pendaftaran kontraktor dan pelbagai kesalahan lain di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) pada tahun 2023.
Akta berkenaan memperincikan tentang kegagalan kontraktor mengisytihar projek, pembayaran levi, berurusan dengan bahan binaan tidak diperakukan dan melantik pekerja yang tidak diakreditasi.
Iklan
Iklan
Sehubungan itu, CIDB dalam satu kenyataan menggesa semua kontraktor untuk sentiasa memastikan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) masih dalam tempoh sah pendaftaran sebelum mengaku janji, menjalankan atau menyiapkan kerja pembinaan bagi mengelakkan dikenakan tindakan.
"Bukan itu sahaja, lima kontraktor daripada jumlah tersebut dikenakan tindakan mahkamah setelah gagal menyelesaikan kompaun yang dikenakan kepada mereka.
Iklan
"Selain itu, bagi kes pelanggaran tanggungjawab kontraktor, CIDB membawa sejumlah 153 kontraktor berdaftar ke prosiding tatatertib kontraktor yang boleh membawa kepada hukuman gantung atau batal pendaftaran,” kata kenyataan itu pada Isnin.
CIDB memaklumkan, peringatan tersebut dibuat susulan sebuah syarikat dikenakan denda sebanyak RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana menjalankan kerja pembinaan tanpa memiliki PPK yang dikeluarkan oleh lembaga berkenaan.
Iklan
Menurutnya, Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) Seksyen 25, memperuntukkan semua kontraktor pembinaan sama ada tempatan atau asing dikehendaki berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB.
"Pelanggaran seksyen tersebut menyebabkan kontraktor boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM10,000 tetapi tidak melebihi RM100,000 oleh mahkamah,” jelas CIDB itu.
Tambah kenyataan itu, PPK boleh dibuat di cims.cidb.gov.my dan sebarang maklumat lanjut boleh layari www.cidb.gov.my atau hubungi CIDB Careline di talian 03-5567 3300.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>