Ringgit lebih mengukuh berbanding dolar AS
Iklan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa. Foto Bernama
RINGGIT memulakan urus niaga Selasa dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur menunggu pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) negara maju itu pada lewat hari ini, kata penganalisis.
Pada jam 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6790/6830 berbanding dolar AS daripada 4.6805/6830 pada akhir urus niaga semalam.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran dilihat gelisah dengan prospek data IHP yang juga petunjuk utama inflasi dan boleh menentukan langkah seterusnya Rizab Persekutuan mengenai dasar monetari di AS.
Selain itu, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS pula dijadual mengadakan mesyuarat keduanya untuk tahun ini pada minggu depan.
Iklan
"Persoalan utama adalah mengenai tempoh masa atau pelaksanaan bagi penurunan kadar faedah yang telah ditunda beberapa kali," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit juga diniagakan mengukuh berbanding mata wang utama lain termasuk naik berbanding pound Britain kepada 5.9971/6.0022 daripada 6.0107/0139 semalam.
Iklan
Ia juga meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1856/1885 daripada 3.1923/1942 semalam dan mengukuh berbanding euro kepada 5.1137/1181 daripada 5.1181/1209 sebelum ini.
Berbanding mata wang Asia, ringgit turut diniagakan kebanyakannya mengukuh.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.5170/5203 daripada 3.5197/5218 pada akhir urus niaga semalam dan naik berbanding baht Thailand pada 13.1963/2128 daripada 13.2229/2363.
Unit tempatan itu bagaimanapun hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 300.0/300.5 daripada 300.1/300.5 pada Isnin serta tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.45/8.46. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>