Usaha bersama kerajaan, BNM, GLC dan GLIC bantu perkukuh ringgit - Amir Hamzah
Iklan
Amir Hamzah ketika sesi penggulungan Titah Diraja pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Usaha kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) secara kerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dilihat membawa impak positif dan membantu mengukuhkan nilai ringgit, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Semasa sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Isnin, beliau berkata, langkah koordinasi antara BNM bersama GLC dan GLIC itu dilihat berjaya menggalakkan aliran masuk yang berterusan ke dalam pasaran pertukaran asing.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Kementerian Kewangan dan BNM telah mengambil tindakan bersepadu dan terselaras bagi membawa masuk aliran wang ke dalam pasaran pertukaran mata wang asing.
Antaranya termasuklah, menggalakkan GLIC dan GLC membawa pulang pendapatan pelaburan asing dan menukar pendapatan tersebut kepada ringgit dengan lebih konsisten
Iklan
"Ketika GLC dan GLIC meraih keuntungan daripada pulangan pelaburannya yang mungkin lebih baik, mereka boleh memulangkan keuntungan pelaburan, kita menggalakkan (untuk mereka) memulangkan.
Amir Hamzah berkata, BNM turut memantau penukaran hasil eksport kepada ringgit oleh syarikat pengeksport selain terus menggalakkan penggunaan mata wang tempatan bagi penyelesaian eksport supaya kebergantungan terhadap dolar Amerika dapat dikurangkan.
Iklan
Selain itu, bank pusat juga terus memantau pasaran kewangan dan mengambil langkah perlu termasuk campur tangan dalam pasaran pertukaran asing untuk membendung pergerakan mata wang yang berlebihan.
Beliau berkata, dasar yang diambil kerajaan dalam menangani nilai ringgit mengambil kira ketidaktentuan cabaran luaran yang menjadi faktor utama dalam pergerakan ringgit.
Setakat 8 Mac, nilai ringgit berada pada tahap lebih baik berbanding minggu-minggu sebelumnya iaitu pada RM4.68 ringgit berbanding dolar Amerika.
Sementara itu, Amir Hamzah berkata, keyakinan pelabur asing untuk melabur di dalam negara juga dilihat semakin baik sekali gus dapat mengukuhkan lagi ekonomi Malaysia pada masa depan.
"Biarlah kerajaan berusaha dengan cara-cara yang ada ini, kita sambut dengan apa yang telah ada dalam negara sekarang, kita sambut juga keyakinan yang nampak daripada pelabur asing untuk melabur dalam negara dan inilah akan mengukuhkan negara lebih elok pada masa depan,” katanya.
Menyentuh mengenai cadangan meningkatkan had statutori hutang, beliau berkata, kerajaan tidak berhasrat untuk menaikkan had hutang tersebut memandangkan langkah dan komitmen adalah untuk melaksanakan pembaharuan fiskal mengawal tahap hutang dan defisit.
Malah, katanya, kerajaan komited untuk menurunkan paras hutang seperti sasaran di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (FRA). iaitu tidak melebihi 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam jangka masa sederhana.
Amir Hamzah berkata, jumlah pinjaman baharu tahunan kerajaan mula menunjukkan trend penurunan pasca pandemik ekoran langkah mengurangkan defisit daripada 5.6 peratus pada 2022 kepada 5.0 peratus daripada KDNK pada 2023 dan menyasarkan 4.3 peratus pada 2024.
Susulan itu, pinjaman yang diterbitkan kerajaan berjumlah RM230.9 bilion pada 2022 dan RM226.6 billion pada 2023 dan selanjutnya dijangka terus berkurang kepada RM207.5 bilion bagi 2024. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas “automatic e-gate”, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802356/berita/nasional/mesin-pengimbas-canggih-kesan-apa-sahaja-pada-badan-penumpang-rts-malaysia-singapura---saifuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.