Netanyahu arah penjara Israel bersedia terima 'ribuan' tahanan baharu
Iklan
TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan Menteri Pertahanan, Keselamatan Negara dan Kewangannya untuk membuka ruang di penjara Israel sebagai persediaan untuk penangkapan 'ribuan' lagi rakyat Palestin tahun ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Pejabat Perdana Menteri berkata, tentera dan agensi keselamatan dalaman Shin Bet telah menilai bahawa ramai lagi akan ditangkap di Gaza dan Israel akan kehabisan ruang penjara jika ia tidak melakukan sesuatu sekarang.