Lebih banyak peruntukan diperlukan tangani kemurungan: Lam Thye
Iklan
Lee Lam Thye
KUALA LUMPUR - Melihat kepada jumlah kes kemurungan yang semakin meningkat hari demi hari, Kementerian Kesihatan (KKM) perlu mempertimbangkan lebih banyak peruntukan pada masa hadapan bagi membantu mereka yang menghadapi masalah itu.
Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, beliau akan mengambil tindakan terhadap perkara itu bersama Majlis Penasihat Kesihatan Mental supaya peruntukan dapat ditingkatkan untuk melaksanakan lebih banyak program menangani kemurungan dalam masyarakat.
Iklan
Iklan
"Saya rasa kemurungan memang memerlukan lebih banyak sumber daripada aspek kewangan, tenaga, klinikal, psikologi dan psikiatri,” katanya selepas melancarkan buku ‘Making Miracles For The Self’ di Bukit Kiara Equestrian and Country Resort di sini semalam.
Terdahulu, ketika berucap, Lam Thye menegaskan bahawa rakyat Malaysia mempunyai sebab untuk bimbang tentang situasi kemurungan dengan melihat kepada tajuk-tajuk utama akhbar tempatan.
Iklan
"Berita-berita tentang isu sosial seperti penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana, peningkatan kadar kemurungan dan bunuh diri dalam kalangan masyarakat, kos sara hidup yang meningkat dan isu kesihatan terlalu banyak yang perlu ditanggung dan ditangani.
"Apa lebih membingungkan kini adalah di mana mereka perlu mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini? Terdapat pusat kaunseling dan talian bantuan untuk membantu mereka yang mengalami isu mental,” katanya. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>