Goodyear sedia peluang kerja, jamin pampasan tinggi - Zafrul
Iklan
Tengku Zafrul bercakap pada sidang media Sesi Dialog Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) 2024 di Menara MITI pada Isnin. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Semua proses peralihan yang meliputi kebajikan pekerja telah dilaksanakan sebelum pengumuman oleh Goodyear untuk menutup kilangnya di Shah Alam.
Ini termasuklah kerjasama dengan beberapa syarikat seperti Proton Holdings Bhd (Proton) untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada pekerja yang terjejas.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, ini bagi memastikan proses peralihan bagi para pekerja berjalan lancar tanpa sebarang masalah berbangkit.
Tambah beliau, Goodyear turut memberi jaminan akan memberi pampasan yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan di bawah peruntukan undang-undang.
"Mengapa kilang ini ditutup? (Ini kerana) Goodyear menyasarkan pengurangan kos sehingga ASD$1 bilion setahun menjelang 2025, yang mana penutupan kilang di Shah Alam adalah sebahagian daripada langkah pengurangan kos yang diambil.
"Goodyear juga bakal menutup dua kilang tayarnya di Jerman, melibatkan 1,750 pekerja. Sebuah kilang tayar di United Kingdom juga bakal ditutup. Jadi, bukan operasi di Malaysia sahaja, malah operasi Goodyear di seluruh dunia juga turut terjejas,” katanya dalam hantaran di aplikasi X pada Jumaat.
Goodyear dilaporkan akan menutup kilangnya di Shah Alam, Selangor setelah beroperasi lebih lima dekad yang menjejaskan kira-kira 550 kakitangan.
"Dari dulu hingga sekarang, sentiasa ada syarikat yang gulung tikar dan syarikat baharu yang dibuka.
"Cabaran kita ialah untuk memastikan lebih banyak pelaburan masuk daripada pelaburan keluar,” katanya.
Justeru, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan agensinya Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah menggerakkan pasukan khusus melibatkan Pertubuhan Keselamatan Pekerja (Perkeso) dan Jabatan Tenaga Kerja melalui Pusat Pemudahcara Invest Malaysia untuk memudahkan penempatan pekerjaan, serta menawarkan program peningkatan kemahiran dan kemahiran semula. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RCI Tabung Haji: BN tidak kompromi jika terbukti berlaku penyelewengan - Ahmad Zahid"><meta itemprop="description" content="Barisan Nasional (BN) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati melakukan penyelewengan, pecah amanah atau gagal mematuhi prinsip tadbir urus sekiranya dakwaan yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji terbukti benar.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana pihak yang didapati bersalah perlu berdepan dengan tindakan sewajarnya tanpa mengira kedudukan atau jawatan mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790959/berita/nasional/rci-tabung-haji-bn-tidak-kompromi-jika-terbukti-berlaku-penyelewengan---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RCITH #TabungHaji"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-06T04:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dB6W61gT18HamhY-L/x1080"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xavajgm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xavajgm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xavajgm"></script>