Tiga kerusi Bersatu: Pas Kelantan serah pucuk pimpinan tentukan
Iklan
Mohd Nassuruddin
KOTA BHARU - Pas Kelantan menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti dalam menentukan tiga kerusi milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri ini sekiranya berlaku pilihan raya kecil (PRK) susulan pindaan perlembangaan parti itu.
Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, keputusan menentukan kerusi tersebut akan melalui perbincangan kepimpinan melibatkan parti-parti gabungan dalam Perikatan Nasional (PN).
Iklan
Iklan
"Perihal kerusi akan dibincangkan nanti. Kita tengok keputusan macam mana kerana parti yang akan memutuskan dan bukan kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Madinah Ramadan di Medan Ilmu, di sini pada Jumaat.
Mohd Nassuruddin (empat dari kanan) melakukan simbolik perasmian Madinah Ramadan.
Iklan
Sebelum itu, Bersatu meminta diberi keutamaan bertanding di Parlimen Jeli dan Gua Musang serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri jika kosong selepas perlembagaan dipinda untuk melucutkan keahlian terhadap Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong pihak bertentangan atau musuh.
Pindaan dibuat selepas enam ahli Parlimen Bersatu termasuk dua dari Kelantan iaitu Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik dan Ahli Parlimen Gua Musang yang juga ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan RM10,000 ke Tabung Madinah Ramadan yang diterima oleh Mohd Nassuruddin (dua dari kanan).
Iklan
Mohd Nassuruddin yang juga Menteri Besar Kelantan turut yakin isu yang berlaku melibatkan kesemua Ahli Parlimen Bersatu tersebut tidak akan menjejaskan sokongan rakyat di negeri itu kepada PN khususnya Pas.
"Pada Pilihan Raya ke-15 baru-baru ini, rakyat sudah memilih kami, Pas dan Bersatu.
"Apa-apa pun berlaku Insya-ALLAH rakyat akan bersama kita,” katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.