Teliti gubal semula 16 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan - Pembangkang
Iklan
Mohd Syahbuddin
KOTA BHARU - Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan menyarankan kerajaan negeri ini supaya lebih teliti dan cermat dalam menggubal semula 16 seksyen di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019.
Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, perkara itu perlu supaya enakmen tersebut tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak pada masa yang akan datang.
Iklan
Iklan
"DUN Kelantan atau negeri-negeri lain diingatkan untuk lebih terperinci dalam menggubal undang-undang atau enakmen jenayah syariah selain memastikannya sepadan dengan peraturan-peraturan di negeri masing-masing.
"Kita berharap supaya isu seperti pertindihan bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil juga tidak berlaku pada masa depan,” katanya.
Iklan
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Kali Pertama bagi Tempoh Penggal ke-2 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 2024 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini pada Khamis.
Sebelum ini, Kerajaan Kelantan menerusi Exco Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri itu, Mohd Asri Daud berharap tidak ada lagi pihak membawa naratif yang boleh menimbulkan konflik apabila 16 perkara tersebut digubal semula.
Iklan
Mohd Syahbuddin bagaimanapun berkata, dalam negara yang berbilang kaum dengan pelbagai aliran pemikiran, tidak boleh dihentikan cubaan pihak-pihak yang tidak berpuas hati daripada terus menyerang kelemahan yang ada.
"Sebab itu, kita berharap mana-mana undang-undang yang hendak digubal perlu dilakukan dengan lebih terperinci.
"Kita tidak mahu kesilapan dan ketidakcekapan kita mengundang pandangan buruk masyarakat luar,” katanya.
Pada Rabu, DUN Kelantan sebulat suara meluluskan usul penggubalan semula 16 perkara dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang terbatal dan tidak sah untuk dikuatkuasakan di negeri itu.
Sebelum itu, pada 9 Feb lalu, sembilan hakim Mahkamah Persekutuan membuat keputusan 8-1 untuk membenarkan petisyen peguam dari Kelantan, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman untuk membatalkan 16 daripada 18 peruntukan dalam enakmen tersebut.
Mahkamah memutuskan semasa menggubal enakmen berkenaan DUN Kelantan melangkaui bidang kuasanya seperti yang termaktub dalam Senarai Negeri (Senarai II), Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>