Pemuda Amanah ajak lebih ramai ADUN PN sokong MB Selangor

Iklan
Danial Al Rashid

SHAH ALAM - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) mengajak lebih ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Perikatan Nasional (PN) untuk menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Timbalan Ketuanya, Danial Al-Rashid Haron berkata, langkah tersebut sebagai usaha kepada kemajuan negeri berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tindakan ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari daripada PN mengisytiharkan sokongan menunjukkan betapa tinggi keyakinan terhadap kepimpinan Menteri Besar Selangor itu.

"Mengambil kira pengalaman dan hubungan rapat dengan anggota pentadbiran Selangor, Pemuda Amanah melihat Abdul Rashid telah membuat pertimbangan yang baik dalam membuat keputusan ini.

Iklan

Abdul Rashid yang juga bekas Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Amirudin.

Menurut ADUN Selat Klang itu, keputusan tersebut dibuat selepas meneliti perkembangan semasa dan mengambil kira beberapa faktor utama.

Iklan

Danial turut mendakwa, langkah diambil oleh wakil rakyat itu juga memperlihatkan betapa keyakinan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mula hilang.

"Ketua Pembangkang kerap menimbulkan spekulasi dan tohmahan dalam dewan, sedangkan beberapa ADUN pembangkang ingin turut serta memberikan pandangan yang konstruktif untuk membangunkan negeri.

"Perkembangan ini sangat menarik lanjutan daripada enam ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

"Kini tindakan ADUN Selat Klang pula, Pemuda Amanah melihat betapa rapuhnya kepimpinan parti berkenaan,” ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28