Tak perlu tunggu solat Jumaat selesai, wanita boleh sembahyang Zuhur terus

Iklan
GOLONGAN wanita boleh terus menunaikan solat Zuhur pada hari Jumaat jika sudah masuk waktunya walaupun ketika itu belum selesai solat Jumaat. -Gambar hiasan/ Foto: 123rf

"EH! Mana boleh solat Zuhur dulu. Tunggu orang lelaki habis solat Jumaat nanti baru boleh kita sembahyang.”

Dialog begitu kerap kali kedengaran terutama apabila melihat ada wanita yang mahu menunaikan solat Zuhur walaupun solat Jumaat belum selesai didirikan di masjid.

Iklan
Iklan

Ia bukan tanggapan semata-mata, tetapi perkara itu seakan sudah sebati dalam masyarakat kita sejak sekian lama.

Hakikatnya, orang perempuan sebenarnya tidak tertakluk kepada ‘syarat’ berkenaan.

Iklan

IMAM MUDA ASYRAF

Iklan

"Tidak kiralah sama ada (wanita mahu menunaikan solat Zuhur) selepas azan, ketika khatib di atas mimbar ataupun selepas selesai solat Jumaat.

"Ini kerana orang perempuan tidak tertakluk kepada kewajiban solat Jumaat,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

"Perempuan pula tidak wajib berbuat demikian. Jadi, hanya orang lelaki sahaja tertakluk dengan beberapa syarat (solat Jumaat) yang diletakkan dalam Mazhab Syafie.

"Salah satu daripadanya ialah dia tidak boleh menunaikan solat Zuhur melainkan sudah selesai sembahyang Jumaat di masjid,” terangnya.