Isa Samad lepas bebas kes rasuah RM3 juta
Iklan
BERITA SEMASA 6 MAC 2024
Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Mohd Isa Samad dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Selasa, daripada sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.
Iklan
Iklan
Keputusan sebulat suara dibuat panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk SM Komathy Suppiah.
Pada 3 Februari 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Tan Sri Mohd Isa atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda.
Iklan
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/652976/berita/semasa/isa-samad-lepas-bebas-kes-rasuah-rm3-juta
Iklan
#SinarHarian #BeritaSemasa #MahkamahRayuan #IsaSamad #FELDA
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Idea asal Kerajaan Perpaduan tidak tertutup" /><meta itemprop="description" content="Pintu sentiasa terbuka termasuklah kepada Pas atau Bersatu menyertai Kerajaan Perpaduan jika ia dapat menghapuskan politik toksik di negara ini, kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Jelas beliau, kita seharusnya ‘buta warna’ dalam politik dengan tidak menganggap sesiapa yang mahu menyertai kebaikan sebagai ancaman, sebaliknya ia harus dilihat sebagai satu kejayaan.
Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar ke-440 dengan tajuk "Membangunkan politik damai" di platform digital Sinar Harian.
UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI:
Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=BVWvGzPf9AA
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/423846050443469
X: https://twitter.com/SinarOnline/status/1790721656870351309
Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/664965/video/wacana/wacana-sinar-membangun-politik-damainbsp
#Wacana #SinarHarian #MalaysiaMadani #PRK #PRU #KempenPolitik #PRN #Politik" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-16T02:55:14.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WIlLm1cHNMIb_5euJ/x120" /><meta itemprop="duration" content="P114S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8ykar4" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8ykar4"></script>