Suruhanjaya Pekerja Gig: Tiga bulan laporan interim terlalu lama

Iklan
Gambar hiasan 123RF.

PUTRAJAYA - Persatuan Pemandu Grab Malaysia menyambut baik langkah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang akan menerajui Jawatankuasa Pelbagai Kementerian dan Pemegang Taruh bagi merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig.

Bagaimanapun Presidennya, Arif Asyraf Ali berkata, tempoh masa tiga bulan untuk laporan interim dibentangkan kepada Jemaah Menteri adalah terlalu lama.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, kementerian dan agensi yang terlibat perlu mengambil langkah drastik bagi memastikan nasib pekerja industri gig terbela.

"Kami tidak mahu lagi ia dilengah-lengahkan. Sepatutnya tempoh sebulan sudah memadai dan kemudian KESUMA boleh mengumumkan pengerusi serta ahli-ahlinya,” jelas Arif Asyraf.

Iklan

Pada Isnin, KESUMA mengumumkan kementerian itu akan menerajui jawatankuasa berkenaan bagi tujuan penubuhan suruhanjaya tersebut.

Jawatankuasa berkenaan akan meneliti terma rujukan penubuhan suruhanjaya melibatkan aspek fungsi, perundangan, kewangan dan keanggotaan sebelum satu laporan interim dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam tempoh tiga bulan.

Iklan

Dalam pada itu, Arif Asyraf berkata, pihaknya sedia melibatkan diri dalam usaha penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig.

"Kami sentiasa bersiap sedia,” jelasnya.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia, Amar Firdaus Adnan senada dengan Arif Asyraf dengan menyifatkan langkah tersebut suatu sinar buat penghantar makanan.

"Kami sangat berharap ia dapat disegerakan agar segala isu-isu yang dibangkitkan selama ini dapat diselesaikan,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!