Facebook, Instagram tergendala, tidak boleh diakses seluruh dunia

Iklan
Perkhidmatan media sosial Facebook dan Instagram dilaporkan tergendala dan tidak boleh diakses penggunaannya di seluruh dunia, malam ini.

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan media sosial Facebook dan Instagram dilaporkan tergendala dan tidak boleh diakses penggunaannya di seluruh dunia, malam ini.

Menurut laporan media tempatan berkaitan teknologi, Amanz.my masalah teknikal berkenaan dilihat melibatkan sejumlah besar pengguna seluruh dunia dengan ramai yang menggunakan laman sosial alternatif seperti Twitter/X.

Iklan
Iklan

Malah penyedia perkhidmatan Internet, Unifi dalam hantaran di X memaklumkan bahawa Facebook dan Instagram tergendala pada masa ini.

Tinjauan Bernama mendapati laman berita antarabangsa turut melaporkan perkara yang sama. - Bernama

Iklan
Iklan