Suspek peras ugut pelajar agama ditahan
Iklan
Kejadian buli pelajar sekolah yang tular di media sosial. Gambar kecil: Ganti Jimmy
KOTA BHARU - Polis sudah menahan individu yang dipercayai terlibat dalam video tular peras ugut terhadap seorang pelajar sekolah agama di jajahan Machang hari ini.
Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, kesemua empat remaja yang berusia 13 hingga 15 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, mangsa yang berusia 14 tahun itu membuat laporan di balai polis hari ini berikutan kejadian terbabit tular di media sosial.
"Berdasarkan siasatan awal kejadian yang tular di media sosial sejak semalam itu berlaku pada 21 November tahun lalu.
Iklan
"Berdasarkan laporan, mangsa memberitahu dia dipanggil oleh kawannya ke lokasi kejadian iaitu di belakang sekolah terbabit.
"Suspek yang dikenali mangsa dikatakan meminta RM5 tetapi jumlah ini tidak mencukupi menyebabkan dia ditendang,” katanya ketika dihubungi.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki 'pau' duit budak sekolah
Video berdurasi 30 saat yang tular sejak tengah malam tadi turut menunjukkan seorang lelaki menyepak pelajar yang memakai pakaian sekolah dipercayai meminta duit daripada mangsa.
Tindakan tersebut turut dikecam warganet di Facebook dan meminta supaya lelaki terbabit dikenakan hukuman setimpal.
Sejak dimuat naik di facebook, video berkenaan menerima 1,000 tanda emosi dan paling banyak adalah tanda marah daripada netizen.
ARTIKEL BERKAITAN Polis kenal pasti mangsa, suspek peras ugut
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>