Konflik Palestin-Israel: Malaysia jelaskan pendirian, sokongan kepada OIC

Iklan
Malaysia menjelaskan pendirian dan sokongan kepada OIC dalam usaha mencari jalan penyelesaian kepada konflik Palestin-Israel. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Malaysia menjelaskan pendirian dan sokongan kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam usaha mencari jalan penyelesaian kepada konflik Palestin-Israel.

Perkara itu akan dibangkitkan oleh Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin yang mengetuai delegasi Malaysia di Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri Menteri Luar Negeri OIC yang berlangsung di Jeddah, Arab Saudi pada Selasa.

Iklan
Iklan

Kementerian Luar Negeri (KLN) menerusi kenyataan memaklumkan Mesyuarat Tergempar itu diadakan melihat kepada keganasan berterusan oleh Israel di Semenanjung Gaza, termasuk serangan di Rafah.

"Mesyuarat juga akan membincangkan pelaksanaan perkara-perkara yang telah dipersetujui semasa Sidang Kemuncak Bersama Arab dan OIC pada November 2023," kata KLN pada Isnin.

Iklan

"Sebagai sebuah negara pengasas OIC, Malaysia kekal komited dalam memperjuangkan isu Palestin serta akan meneruskan usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitul Maqdis Timur sebagai ibu negara selain Palestin diterima sebagai Anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," ujar kementerian itu.

Peperangan Palestin Israel yang tercetus pada 7 Oktober tahun lalu menyaksikan sekurang-kurangnya 30,534 orang telah terbunuh manakala 71,980 lagi cedera.

Iklan

Kementerian Kesihatan Palestin menerusi turut merekodkan terdapat 124 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28