Akta baharu scam, tindakan terhadap bank jika cuai - Kulasegaran
Iklan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran ketika sesi soal jawab Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang merangka akta baharu bagi meningkatkan keselamatan digital dan membanteras penipuan dalam talian seiring perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran berkata, akta tersebut akan turut mengambil kira tindakan sewajarnya kepada institusi perbankan sekiranya didapati berlaku kecuaian.
Iklan
Iklan
Menerusi Rang Undang-Undang (RUU) baharu itu nanti, beliau menjelaskan, pihak bank tidak boleh mengelak daripada bertanggungjawab sekiranya didapati menjadi punca kepada kes penipuan dalam talian.
"Saya berpendapat bank perlu bertanggungjawab, tidak boleh mengelak daripada diambil tindakan. Jika ada mana-mana bank yang telah atau sedang buat demikian, rujuklah kepada agensi berkaitan supaya tindakan selanjutnya boleh diambil.
Iklan
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai RUU yang sedang di peringkat penelitian sama ada turut merangkumi tindakan tegas kepada institusi perbankan sekiranya berlaku unsur kecuaian hingga menyebabkan transaksi penipuan.
Dalam pada itu Kulasegaran memaklumkan, sebanyak 107,716 kes jenayah scammer telah direkodkan antara 2020 hingga 2023 dengan nilai kerugian keseluruhan RM3.2 bilion.
Iklan
Oleh yang demikian beliau menegaskan, kerajaan tidak memandang rendah isu penipuan dalam talian dengan tindakan menyeluruh akan terus diambil dari semasa ke semasa.
"Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dengan kerjasama industri telekomunikasi turut membantu mengesan nombor telefon yang didapati terbabit atau disyaki berkaitan dengan penipuan dalam talian.
"Setakat Januari tahun ini, sebanyak 131 nombor talian ditamatkan kerana terbabit aktiviti penipuan dan 93 nombor talian meragukan juga disekat.
"Nombor berkenaan juga akan direkodkan dalam sistem semak Polis Diraja Malaysia sebagai panduan orang awam membuat semakan sebelum meneruskan transaksi kewangan," jelasnya.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RCI Tabung Haji: BN tidak kompromi jika terbukti berlaku penyelewengan - Ahmad Zahid"><meta itemprop="description" content="Barisan Nasional (BN) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati melakukan penyelewengan, pecah amanah atau gagal mematuhi prinsip tadbir urus sekiranya dakwaan yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji terbukti benar.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana pihak yang didapati bersalah perlu berdepan dengan tindakan sewajarnya tanpa mengira kedudukan atau jawatan mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790959/berita/nasional/rci-tabung-haji-bn-tidak-kompromi-jika-terbukti-berlaku-penyelewengan---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RCITH #TabungHaji"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-06T04:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dB6W61gT18HamhY-L/x1080"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xavajgm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xavajgm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xavajgm"></script>