Hanya 20 peratus pemandu e-hailing mencarum: Kula Segaran
Iklan
Kula Sagaran -Foto Bernama
PETALING JAYA - Hanya kira-kira 20 peratus pemandu e-hailing di seluruh negara telah mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat ini
Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran berkata, jumlah itu meningkat berbanding tahun 2018 namun masih jauh daripada 100,000 pemandu e-hailing yang disasarkan kementerian untuk mencarum dengan skim itu pada tahun lepas.
Iklan
Iklan
Pada masa ini katanya terdapat kira-kira 200,000 pemandu e-hailing di negara ini.
"Ia meningkat (jumlah yang mencarum) tetapi masih tidak sampai paras yang kita sasarkan kerana mereka tak faham risiko, tercedera atau kemalangan ketika bekerja.
Iklan
Kita mahukan semua pemandu e-hailing mencarum dalam skim ini demi jaminan keselamatan mereka ketika mereka menjalankan tugas," katanya selepas menyampaikan ucaptama di forum 'Employment Law Reforms: What Lies Ahead' di Subang Jaya dekat sini hari ini.
Bagaimanapun Kula Segaran berkata, kerajaan belum bercadang mengenakan tindakan terhadap pemandu ‘e-hailing’ yang belum mencarum dengan skim itu.
Iklan
SKSPS diwajibkan ke atas pemandu teksi dan perkhidmatan seumpamanya termasuk ‘e-hailing’ di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 berkuatkuasa 1 Jun 2017.
Pemandu e-hailing yang gagal mencarum boleh dikenakan tindakan undang-undang, termasuk kompaun maksimum sehingga RM4,000 di bawah akta itu.
Dalam pada itu Kula Segaran berkata, terdapat cadangan agar skim SKSPS ini diperluaskan kepada penunggang ride hailing.
"Kita akan lihat faktor-faktor yang membolehkan mereka mencarum dalam skim ini. Mereka boleh memohon dan kita akan pertimbangkan nanti,"katanya.
Pada masa ini terdapat kira-kira 25,000 penghantar makanan di sekitar Lembah Klang yang menjalankan pekerjaan itu dengan menunggang motosikal.
Dalam masa yang sama teksi motosikal Dego Ride juga mula beroperasi 1 Januari lepas dengan kira-kira 500 penunggang di sekitar Lembah Klang. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>