Reda van jenazah terbakar, Noorkhiriah usaha baiki

Iklan
Keadaan van jenazah milik Noorkhiriah selepas kebakaran berlaku.

PELAKON Noorkhiriah Ahmad Shapie mengakui reda dan dalam sama sedih apabila van jenazah yang digunakan di bawah Pertubuhan Amal Nur by Khiriah terbakar pada Selasa lalu.

Ujar pelakon siri Nur itu, dia menyimpan harapan agar van yang sudah berkhidmat menghantar hampir 100 jenazah menuju ke destinasi terakhir di dunia ini dapat diperbaiki.

Iklan
Iklan

"Saya cuba kawal (emosi) tetapi gagal. Nampak macam tak ada apa, tetapi khidmatnya besar (membantu pengurusan jenazah), bukan semua mampu.

"Ramai yang menyumbang, sebab itu saya cakap dengan diri saya, Pertubuhan Amal Nur by Khiriah adalah milik kita bersama.

Iklan

"Bila ALLAH uji macam ini, saya terima cuma sedih itu ada. Doakan semoga dapat diperbaiki semula, andai ALLAH izinkan. Jika tidak cukup duit nak baiki, dengan rendah hati saya mohon sumbangan, tetapi kalau tidak boleh diperbaiki, saya tak buka sumbangan. Doakan semoga dapat ganti cepat, ramai yang pergi tak kira masa," luahnya menerusi Instagram miliknya.

Setakat ini, punca sebenar masih belum diketahui dan ketika kejadian, pelakon itu dalam perjalanan pulang selepas menghantar anaknya ke asrama di Pulau Pinang.

Iklan

Insiden yang direkodkan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkenaan berlaku di kawasan perumahan Nusa Suria Alam Suria, Puncak Alam.

Sementara itu, dalam kenyataan di Instagram Pertubuhan Amal Nur by Khiriah menyatakan kenderaan pelbagai guna (MPV) itu mengalami kerosakan teruk di bahagian enjin.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28