Lelaki elak pakai cincin pada jari telunjuk, tengah

Iklan
GOLONGAN lelaki disarankan agar mengelakkan diri daripada memakai cincin pada jari telunjuk dan tengah. -Gambar hiasan/ Foto: Freepik

SELAIN golongan wanita, terdapat segelintir lelaki turut memakai cincin. Tiada salahnya kaum Adam memakai perhiasan itu.

Cuma, bukan semua jari sesuai untuk pemakaian cincin berkenaan. Lebih-lebih lagi bagi kelompok maskulin itu.

Iklan
Iklan

Namun begitu, pendakwah, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub mengingatkan agar kaum lelaki mengelakkan diri daripada memakai cincin pada jari telunjuk dan tengah.

USTAZ WADI ANNUAR

Iklan

"Bagaimanapun, bagi kaum perempuan pula, harus mereka memakai cincin pada mana-mana jari sekalipun, asalkan jangan pakai cincin curi,” jelas beliau menerusi hantaran di akaun X miliknya baru-baru ini.

Sementara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan, makruh hukumnya bagi lelaki untuk memakai cincin pada kedua-dua jari sebagaimana dinyatakan.

Iklan

DR ZULKIFLI

"Ini kerana terdapat hadis sahih yang melarang lelaki daripada memakai cincin pada dua jari tersebut dan larangan itu difahami sebagai makruh.

Seperkara lagi, Zulkifli mengingatkan kaum Adam agar tidak memakai cincin emas.

"Cincin termasuk dalam perhiasan buat lelaki dan wanita. Semua jenis cincin dibenarkan dipakai oleh golongan lelaki melainkan cincin emas.

"Dalam erti kata lain, cincin emas adalah haram dan tidak dibenarkan untuk dipakai oleh golongan lelaki,” tegasnya.