[INTERVIU] Ringgit jatuh: Siapa bertanggungjawab?

Iklan
Kejatuhan nilai ringgit Malaysia berbanding dollar Amerika secara konsisten mencetuskan kebimbangan umum akan kedudukan ekonomi negara, malah ada yang mengaitkannya dengan situasi ketika krisis kewangan Asia 1998.

Walaupun Bank Negara Malaysia menyatakan ia tidak mencerminkan prospek positif ekonomi Malaysia, penjelasan tuntas perlu diberi kerajaan untuk mengelak kekeliruan dalam kalangan rakyat.