PERSEKUTUAN Bola Sepak Korea (KFA) memilih Hwang Sun-hong, pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23), sebagai ketua jurulatih sementara skuad kebangsaan bagi membuat persiapan menghadapi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan, badan penasihat KFA, giat mencari pengganti selepas memecat Jurgen Klinsmann selepas Taegeuk Warriors tersingkir di separuh akhir Piala Asia.