Kenaikan SST air, elektrik resahkan pengguna - FOMCA

Iklan
Saravanan

SHAH ALAM - Beban perbelanjaan dan sara hidup pengguna akan meningkat jika air dan elektrik termasuk dalam perkhidmatan yang dikenakan kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Saravanan Thambirajah berkata, perkara itu juga akan membuatkan pengguna resah kerana kos sara hidup kini yang tinggi di samping kenaikan harga dan kekurangan bekalan makanan seperti beras serta lain-lain lagi.

Iklan
Iklan

"Baru-baru ini, bil utiliti air telah mengalami kenaikan tarif.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menggesa kerajaan mengecualikan kenaikan kadar SST daripada enam kepada lapan peratus bagi elektrik dan air.

Iklan

Menurut Presiden MCA itu, kenaikan yang dijangka bermula Mac ini dibimbangi akan memberi impak negatif terutamanya kepada rakyat.

Menjawab kepada soalan yang dibangkitkan Ka Siong itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan cadangan pengecualian kenaikan SST ke atas dua perkhidmatan utiliti tersebut akan diteliti dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 20 Mac ini.

Iklan

Tambah Saravanan, FOMCA turut menyambut baik cadangan berkenaan dan berharap utiliti dikecualikan dalam kenaikan SST tersebut.

Jelas beliau, kerajaan perlu lebih teliti dengan sebarang cukai yang mampu memberi kesan yang mendadak kepada pengguna terutamanya kumpulan B40.

"Semoga kerajaan yang mentadbir terus-menerus membantu kumpulan B40," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28