[VIDEO] Elektrik, air penghulu segala kenaikan - Ka Siong

Iklan

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menggesa kerajaan mengecualikan kenaikan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) daripada enam kepada lapan peratus bagi elektrik dan air.

Menurut Presiden MCA itu, kenaikan yang dijangka bermula Mac ini dibimbangi akan memberi impak negatif terutamanya kepada rakyat.

Iklan
Iklan

"Saya merayu sangat kepada menteri, tolong. Kalau orang Islam kata Jumaat itu penghulu segala hari, ini bil air dan elektrik (pula) penghulu segala kenaikan. Sudah tiga kali kenaikan.

"Kadar elektrik telah meningkat dan kadar air juga telah meningkat sebanyak 21 peratus. Pada Mac ini beban rakyat hanya akan menjadi lebih teruk dengan kenaikan cukai,” katanya.

Iklan
Ka Siong

Beliau membangkitkan perkara itu kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali di Dewan Rakyat pada Selasa.

Menjawab kepada soalan yang dibangkitkan Ka Siong itu, Armizan memaklumkan cadangan pengecualian kenaikan SST ke atas dua perkhidmatan utiliti tersebut akan diteliti dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 20 Mac ini.

Iklan

"Memang ada satu kertas khusus (mengenai SST bagi bil elektrik dan air). Insya-ALLAH perkara yang dibangkitkan oleh Ayer Hitam dan kita akan bawa dalam mesyuarat NACCOL,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28