Konsert 'kontroversi' sebab tiada pemantauan - UMNO Kedah

Iklan
Shaiful Hazizy

ALOR SETAR - Pihak berkuasa tempatan (PBT) dinasihatkan memantau penganjuran program di kawasan masing-masing demi mengelakkan berulangnya konsert hiburan pada malam Nisfu Syaaban di Taman Jubli Emas, di sini.

Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menyifatkan ketiadaan pemantauan daripada pihak berkuasa terlibat menyebabkan berlakunya konsert hiburan pada malam Nisfu Syaaban itu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, konsert hiburan tidak akan berlaku sekiranya pihak berkaitan menjalankan tanggungjawab dengan memantau penganjuran program di kawasan pentadbiran mereka.

"Ini punya lah tiada pantauan, sehinggakan lelaki dan perempuan boleh duduk bersama," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Shaiful Hazizy turut menyindir sama ada ia adalah cara pentadbiran di Kedah.

"Hendak kata karnival jualan ini kecil tidak juga, karnival jualan ini bukan tahap pasar malam pun, karnival ini siap ada pasang puluhan khemah, siap ada pentas dan sudah buat promosi besar-besaran untuk buat konsert. Takkan kerajaan negeri tidak perasan," katanya.

Iklan

Beliau menambah, tindakan Kedah menyatakan agensi di bawah pentadbirannya tidak pernah memberi permit atau kelulusan untuk mengadakan konsert seolah-olah menunjukkan kerajaan negeri tidak mahu bertanggungjawab dan culas tindakan mereka dalam memberi permit dan kelulusan untuk mengadakan sesebuah karnival.

"Itu bukan malam pertama pun diadakan konsert di karnival jualan tersebut. Cuma disebabkan, konsert itu diadakan pada malam Nisfu Syaaban, ia tular dan dikritik hebat oleh rakyat. Kalau mereka ada buat pantauan, perkara ini tidak akan berlaku," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah, Mejar (B) Mansor Zakaria menegaskan kerajaan Kedah tidak pernah menerusi mana-mana agensi di bawah pentadbirannya memberi permit atau kelulusan untuk konsert kontroversi di Alor Setar.

Beliau berkata, terdapat permohonan dikemukakan kepada kerajaan negeri namun dalam permohonan itu, tidak dinyatakan mengenai cadangan konsert atau pertunjukan pentas seperti itu.

Dalam pada itu, penganjur konsert yang mencetuskan kontroversi pada malam Nisfu Syaaban, tampil memohon maaf melalui sebuah video di TikToknya.

Beliau yang dikenali sebagai Faris Azrii berkata, isu tersebut yang berlaku pada malam Nisfu Syaaban adalah atas kesilapan pihaknya yang terlepas pandang tentang perkara tersebut.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28