DAP junjung titah Agong perkukuh kestabilan politik - Kor Ming
Iklan
Kor Ming
KUALA LUMPUR - Seramai 40 Ahli Parlimen DAP menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk melakukan yang terbaik serta memperkukuh kestabilan politik bagi mewujudkan Malaysia Madani yang harmoni, bersatu, makmur dan sejahtera.
Ketua Whip Parlimen DAP, Nga Kor Ming turut menyeru semua 222 Ahli Parlimen supaya menunjukkan teladan yang baik.
Iklan
Iklan
"Selain menjaga martabat dan darjat Parlimen, Ahli Parlimen harus bersikap profesional untuk mengekalkan kestabilan politik negara supaya kerajaan boleh menumpukan segala perhatian dan usaha kepada pentadbiran serta pelaksanaan dasar bagi menpergiat ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat,” menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, Sultan Ibrahim telah memberi isyarat jelas dengan menegaskan bahawa Seri Paduka Baginda tidak akan melayan mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negara.
Iklan
Beliau berkata, ini sekali gus menunjukkan keprihatinan Sultan Ibrahim terhadap masa depan negara dan keazaman Seri Paduka Baginda untuk memelihara Institusi Raja Berperlembagaan serta Demokrasi Berparlimen yang merupakan sistem pemerintahan Malaysia.
"Titah Seri Paduka Baginda telah memperkukuh kestabilan negara dalam tempoh lima tahun yang akan datang dan ini akan membantu usaha kerajaan untuk memulihkan keyakinan pelaburan tempatan dan asing serta ekonomi negara.
Iklan
"Malaysia kini telah naik lima tangga kepada kedudukan ke-27 dalam ekonomi paling kompetitif di dunia, kedudukan negara akan mencapai kedudukan yang lebih tinggi pada masa depan jika kestabilan politik dapat dikekalkan untuk satu tempoh yang lebih lama," katanya.
Terdahulu, pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15, Sultan Ibrahim menzahirkan peringatan, nasihat serta pandangan dalam pelbagai topik antaranya tingkah laku Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat semasa persidangan, hutang negara serta kestabilan politik.
Turut menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong ialah Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, yang berkata beliau akan menjalankan amanah sebaik mungkin bagi memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia Madani terus terbela.
"Antara titah Yang di-Pertuan Agong adalah untuk Ahli Parlimen terus menghayati denyut nadi rakyat dan membela nasib mereka. Kami akan terus mendahulukan kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan.
"Tanggungjawab untuk membawa suara rakyat khususnya penduduk di Parlimen Kapit akan saya galas sepenuh hati,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>