Peluang tonjol bakat rakam gambar dasar laut
Iklan
Sulaiman (kiri) tertarik dengan koleksi gambar dasar laut yang dipamerkan sempena sempena majlis pelancaran SMUPA di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU - Peserta dari dalam dan luar negara berpeluang menonjolkan bakat menerusi pertandingan merakam gambar dasar laut, Sultan Mizan Underwater Photography Awards 2024 (SMUPA) bagi mempromosikan keindahan alam semula jadi di Terengganu.
Timbalan Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Sulaiman Sulong berkata, pertandingan itu terbuka kepada semua dan tidak melibatkan sebarang yuran penyertaan.
Iklan
Iklan
"Penyertaan maksimum ialah dua gambar bagi setiap kategori dan setakat ini terdapat lima kategori dipertandingkan.. Mereka yang berminat untuk menyertainya boleh melayari laman web rasmi https://sultanmizanphotography.com/ untuk maklumat lanjut.
Jelas beliau, pertandingan yang mula diperkenalkan pada 2023 itu merupakan cetusan idea Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dengan memfokuskan keindahan dan keunikan khazanah alam semula jadi di dasar laut yang terdapat di perairan negeri Terengganu.
Iklan
Beliau berkata, pihaknya yakin penganjuran pertandingan fotografi dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan itu akan dapat merancakkan lagi aktiviti pelancongan di pulau-pulau yang terdapat di Terengganu pada tahun ini dengan lebih 1,000 penyertaan.
Sulaiman (kanan) bersama Ahmad Ridzwan (tengah) melihat pameran gambar dasar laut sempena majlis pelancaran SMUPA di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.
Dalam pada itu, beliau berkata, terdapat tujuh pulau utama di Terengganu yang memiliki lokasi selam menarik iaitu Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Tenggol, Pulau Kapas, Pulau Lang Tengah, Gemia dan Pulau Bidong.
Iklan
"Melalui kajian profiling selam skuba yang dilakukan, kerajaan kerajaan negeri melalui Tourism Terengganu telah mengenalpasti lebih daripada 128 tapak selaman dengan pelbagai keunikan yang boleh diterokai bagi peminat aktiviti selam skuba dan juga jurugambar dasar laut di tujuh pulau utama di negeri ini.
"Sudah pasti, kita harap pertandingan ini juga dapat menarik lebih ramai peminat selam skuba dan fotografi dari dalam dan luar negara untuk menerokai keindahan dasar laut Terengganu," katanya.
Terdahulu, Sulaiman menyempurnakan majlis pelancaran Sultan Mizan Underwater Photography Awards 2024 (SMUPA) di Dataran Shahbandar di sini pada petang Ahad.
Sulaiman mempelawa orang ramai menyertai pertandingan ini yang terbuka kepada semua dan tidak melibatkan sebarang yuran penyertaan.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Ahmad Ridzwan Abd Rahman.
Berdasarkan rekod, seramai 330,528 pengunjung dari sejumlah 3.6 juta orang pelancong yang direkodkan di Terengganu pada tahun lalu telah berkunjung ke pulau-pulau yang ada di negeri berkenaan.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
BERITA SEMASA 18 APRIL 2024
Seorang pesara kerajaan berjaya menuai hasil pertama tanaman padi huma atau padi darat yang diusahakan di tepi rumahnya sejak 24 November tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Alias Salleh, 70, menanam 35 rumpun padi daripada dua varieti iaitu jenis tangkai langsat dan jarum galah di kawasan rumahnya di Kampung Tebakang, Bukit Payong di Marang, Terengganu.
Bapa kepada empat anak itu berkata, dia memperoleh kira-kira 2 kilogram (kg) hasil padi yang dituai pada 1 April lalu dan berhasrat untuk meluaskan lagi tanaman tersebut agardapat menampung keperluan makanan seisi keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/660036/edisi/terengganu/pesara-kerajaan-tuai-2kg-padi-huma-ditanam-tepi-rumah
Muzik: www.bensound.com