Bantu individu fahami ayat al-Quran
Iklan
Memahami al-Quran membantu mengangkat kualiti ibadah dan sebagai panduan kehidupan. (Gambar kecil: Md Abdul)
KUANTAN - Al-Quran bukan sekadar dibaca tetapi perlu difahami supaya segala peringatan dan perintah ALLAH yang terkandung di sebalik maksud ayat-ayatnya dapat dihayati, dipegang dan diamalkan.
Pengerusi Sekretariat Rumah Ngaji Pahang, Md Abdul Ishak berkata, ada dalam kalangan umat Islam boleh membaca al-Quran dengan baik namun tidak memahami setiap ayat dibaca.
Iklan
Iklan
Menurutnya, masalah itu boleh dibaiki melalui kelas-kelas al-Quran mahupun melalui aplikasi seperti Think Quran yang semakin mendapat sambutan di negara ini.
"Tiada alasan lagi untuk tidak belajar untuk memahami kitab suci ini kerana banyak peluang telah disediakan.
Iklan
"Segalanya terletak atas diri sendiri, sama ada mahu belajar atau tidak,” katanya.
"Aplikasi ini sangat baik, mudah dan boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja serta dapat digunakan oleh pelbagai peringkat umur.
Iklan
"Secara tidak langsung ia juga menggalakkan budaya membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran dalam kalangan umat Islam hari ini,” katanya.
Justeru katanya, selain memudahkan memahami al-Quran secara individu, Think Quran juga sesuai untuk dijadikan modul kelas-kelas mengaji dan sebagainya.
"Selain itu ia juga sesuai dijadikan sebagai salah satu aktiviti program ilmu bagi warga sesebuah organisasi,” ujarnya.
Md Abdul berkata, ada institusi tahfiz di negara ini telah menggunakan aplikasi berkenaan bagi membantu memudahkan pembelajaran al-Quran untuk pelajar mereka.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>