KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah akan menangani masalah air bagi memastikan penduduk di setiap kawasan mendapat bekalan air mencukupi, terutama ketika menghadapi fenomena El Nino atau cuaca panas dan kemarau ketika ini.
Ketua Menteri, Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau turut memberikan komitmen untuk menyelesaikan isu bekalan air yang sering membelenggu penduduk negeri pada tahun ini, termasuk menaik taraf dan menambah baik loji rawatan di semua daerah.