Rapid Bus sedia van perantara percuma ke Parlimen bermula 26 Februari
Iklan
Parlimen Malaysia akan melaksanakan sistem eHantar mulai esok sebagai satu daripada usaha terkini mendigitalkan urusan dewan.
KUALA LUMPUR - Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) menyediakan perkhidmatan van perantara secara percuma antara Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) dan Parlimen sempena pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 pada 26 Februari hingga 27 Mac ini.
Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan perkhidmatan T851 itu disediakan sebagai perkhidmatan alternatif bagi menjamin kemudahan serta kelancaran perjalanan mereka yang mempunyai urusan di bangunan Parlimen.
Iklan
Iklan
Ia juga dalam usaha mengurangkan kesesakan ruang letak kereta di pekarangan Parlimen.
"Perkhidmatan van percuma ini akan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, 7 pagi hingga 8 malam dengan kekerapan setiap 30 minit pada waktu puncak iaitu 7 pagi hingga 11 pagi serta 4 petang hingga 8 malam dan setiap 60 minit di luar waktu puncak mengikut jadual yang telah ditetapkan," katanya.
Iklan
Van perantara percuma itu hanya mengambil penumpang dari Balai Pelepasan Express Rail Link KL Sentral serta Taman Botani Perdana, berhampiran tempat letak kenderaan bertingkat ke Bangunan Parlimen yang meliputi laluan sepanjang lima kilometer dan mengambil masa 15 minit perjalanan.
Rapid Bus menggalakkan orang ramai yang mempunyai urusan di Bangunan Parlimen untuk memanfaatkan perkhidmatan percuma yang disediakan.
Iklan
Orang ramai boleh melayari laman web www.myrapid.com.my dan media sosial Rapid KL untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan van percuma itu.
Dewan Rakyat akan bersidang selama 69 hari pada tahun ini, dengan sidang pertama bermula 26 Februari hingga 27 Mac iaitu selama 19 hari. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>