6 pendaki sesat di Gunung Angsi ditemui selamat, seorang cedera
Iklan
Laporan Sinar Harian.
SEREMBAN - Enam pendaki yang sesat di Gunung Angsi, Kuala Pilah malam tadi ditemui selamat pada jam 2.34 pagi ini oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan.
Komander Operasi Balai Bomba Seri Menanti, Yusry Abdullah Sani berkata, operasi Khas Storm menemukan keenam-enam mereka dalam keadaan selamat, namun seorang wanita mengalami kecederaan di bahagian lutut.
Iklan
Iklan
"Mereka telah diberi rawatan awal oleh Pasukan Khas EMRS dan kesemua mereka dibenarkan pulang oleh pihak polis dengan menaiki kenderaan sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, agensi terlibat dalam operasi mencari mangsa ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Renjer Hutan, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Anggota Sukarelawan Malaysia (Rela).
Iklan
Bernama semalam melaporkan bomba menerima aduan kira-kira jam 7.31 malam berkenaan empat wanita dan dua lelaki dikhuatiri sesat ketika mendaki gunung berkenaan.
Kesemua mereka yang berusia lingkungan 28 hingga 42 tahun dipercayai dari Selangor, didapati telah mendaftar terlebih dahulu di pondok pejabat hutan. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>