[INTERVIU] Beras Madani jawab sengsara petani?

Iklan
Pengumuman Beras Madani minggu lalu menimbulkan sedikit kekecohan dalam kalangan rakyat dan ahli politik baik dari kalangan parti kerajaan mahupun pembangkang.

Walaupun kekhilafan tersebut diperbetulkan lewat kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu selepas itu, penjelasan kepada soalan-soalan yang timbul tetap perlu dijawab untuk mengelak kekeliruan berlaku.

Di sebalik isu ini, adakah petani kita berubah nasib mereka kepada yang lebih baik? Apakah sebenarnya ‘game-changer’ yang boleh memartabatkan kedudukan petani dan pesawah kita yang berhujan dan berpanas menyediakan makanan untuk negara?