Liga Thai: Anak saudara Sultan Brunei alami kecederaan serius
Iklan
PEMAIN bola sepak terkaya dunia dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan menakutkan ketika perlawanan.
Faiq Bolkiah, 25, anak saudara Sultan Brunei yang mewarisi kekayaan bernilai £15.85 bilion (RM95.64 bilion) dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa pertama untuk Ratchaburi ketika menentang Police Tero dalam aksi Liga Thai kelmarin.