Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Iklan
Ringgit diniagakan lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain. - Gambar hiasan
RINGGIT mengakhiri urus niaga Isnin dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kekurangan minat belian dalam senario dagangan yang berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka AS (FOMC) pada 21 Februari ini, kata seorang ahli ekonomi.
Pada jam 6 petang, ringgit susut ke paras 4.7850/7890 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7820 pada akhir urus niaga Jumaat lepas.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit secara amnya rendah berbanding dolar AS pada hari ini (-0.11 peratus) serta renminbi China (-0.06 peratus) manakala rupiah Indonesia (-0.06 peratus), dolar Taiwan (-0.13 peratus) dan peso Filipina (-0.18 peratus).
"Memandangkan pihak bank pusat AS dijangka mengekalkan pendiriannya berhubung dasar monetari, dolar AS sepatutnya mendapat sokongan yang baik dalam tempoh terdekat ini.
Iklan
"Ini kerana prospek kemungkinan AS menurunkan kadar faedah utamanya pada mesyuarat Mac depan kini semakin lenyap daripada 81.5 peratus pada awal Januari 2024 kepada hanya 11.6 peratus pada masa ini,” katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Iklan
Mata wang tempatan itu susut berbanding yen Jepun kepada 3.1913/1942 daripada 3.1780/1818 pada Jumaat lepas, rendah berbanding pound Britain kepada 6.0358/0408 daripada 6.0117/0186 selain turun berbanding euro kepada 5.1558/1601 daripada 5.1419/1478.
Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean termasuk susut berbanding baht Thailand kepada 13.2806/2976 daripada 13.2559/2763 pada akhir urus niaga Jumaat lepas.
Selain itu, ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.5555/5587 daripada 3.5479/5522 dan rendah berbanding rupiah Indonesia pada 306.0/306.5 daripada 305.7/306.0, sebelum ini.
Namun, berbanding peso Filipina, ringgit hampir tidak berubah pada 8.53/8.54 daripada 8.53/8.55 pada Jumaat lepas. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>