Lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Batu Buruk masih belum ditemui
Iklan
KUALA TERENGGANU - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Pantai Batu Buruk diperluaskan sehingga lima kilometer (km).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, setakat 10 pagi ini mangsa, Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, masih belum ditemukan.
Anggota penyelamat mengaminkan doa sebelum memulakan misi mencari dan menyelamat (SAR) Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, yang masuk hari kedua di Pantai Batu Buruk hari ini. - Foto Bernama