Lelaki tembak mati 12 ahli keluarga di Iran

Iklan
Gambar hiasan. Foto 123RF

TEHERAN - Seorang lelaki menembak mati 12 ahli keluarganya termasuk bapa, abang dan beberapa kanak-kanak di sebuah bandar kecil di tenggara Iran pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Agensi Berita IRNA melaporkan bahawa lelaki berusia 30-an itu bertindak memasuki beberapa kediaman pada Sabtu sambil membawa senapang Kalashnikov, sebelum melepaskan tembakan ke arah keluarganya.

Iklan
Iklan

Menurut siasatan awal, kejadian dipercayai akibat pertengkaran.

Polis kini sedang menjejaki suspek. - Bernama

Iklan
Iklan