MAS tunggu mesyuarat RTG
Iklan
PERSEKUTUAN Renang Malaysia (MAS) menunggu hasil mesyuarat Jawatankuasa Road To Gold (RTG) akhir bulan ini untuk melihat sama ada Bertrand Rhodict Lises dimasukkan ke dalam program elit tersebut bagi mendapatkan kemudahan persiapan yang lebih baik ke Sukan Olimpik Paris 2024.
"Sejujurnya kami meletakkan harapan supaya Bertrand dapat dimasukkan dalam program RTG bagi membolehkan beliau melakukan persediaan lebih rapi sebelum bertarung di Paris 2024,” kata Setiausaha Agung MAS, Andy Low kepada Sukan Sinar pada Jumaat.